Pujangga pernah mengatakan bahawa generasi berwawasan pemangkin pembangunan negara . Sememangnya kata – kata ini tidak dapat disangkal lagi . Dewasa ini , isu generasi berwawasan telah mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat kita saban hari pantas meniti dari bibir ke bibir . Terdapat banyak gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja .
Terdapat beberapa langkah untuk membendung gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja . Ibu bapa perlu mengubah paradigma untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan . Ibu bapa perlulah sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak – anak . Ibu bapa haruslah menasihati anak – anak mereka dengan cara berhemah dan tidak memarahi mereka secara melulu . Ibu bapa juga perlu menjadi model kepada anak – anak dan menunjukkan teladan yang baik , bagaimana acuan , begitulah kuahnya .
Selain itu , masyarakat perlu memberi sokongan padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan dan tidak memandang enteng kepada kempen anjuran kerajaan . Masyarakat haruslah membantu membimbing remaja yang tersalah langkah dan tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri kerana beranggapan mereka bukan ahli keluarga sendiri .
Di samping itu , pihak sekolah perlu mengenal pasti pelajar yang bermasalah disiplin untuk memantau kelakuan mereka . Pihak sekolah juga perlu memberikan sokongan moral kepada pelajar yang bermasalah dengan mengadakan kem motivasi . Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah bagi memenuhi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Pelajar juga dapat menimba pengalaman untuk bekerjaasama , memimpin dan bertoleransi .
Akhir sekali , media massa sebagai wahana menyampaikan informasi terkini perlu berhati – hati memilih bahan yang ingin ditayangkan dan tidak terlalu bersikap terbuka dengan memilih bahan – bahan dari luar negara . Media massa perlu mengehadkan rancangan yang bercorak hiburan dan menyelitkan rancangan yang berunsurkan ilmiah .
Semua pihak perlu berganding bahu menangani gejala sosial dalam kalangan remaja ini supaya tidak menjadi lebih serius lagi . Hal ini demikian , kerana remaja merupakan aset yang sangat bernilai menerajui negara pada masa akan datang . Remaja juga akan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara di samping meneruskan tradisi dan budaya bangsa .
No comments:
Post a Comment